KemetOmeyy

profile Status Friends random


CEMBURU ♥ 20 Mac 2013 / 3/20/2013 02:55:00 PG
Hai kemet lagi. Harini kemet nak cerita pasal kes cemburu ni. Hmm ada someone that always have a kind of jealously. Mengapa perlu cemburu ? Give me some idea ? Hmm let me explain :")

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan. Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. But apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan. Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas. 



Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan? Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia. Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat. Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Meh kemet share panduan sikit untuk membantu jauhkan rasa marah dan cemburu dalam diri kita. (Take a notes for me too) :

* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai kita jujur, Insyaallah si dia akan setia kepada kita.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.(Ingat itu wahai capital L)


p/s:"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. kalau diri belum cukup baik, maka baikilah."
(REMIND TO ME TOO)

-XOXO-



Start everyday with a new hope, leave bad memories behind and have faith for a better tomorrow

Layout is best viewed in Google chrome. Sucks big time in Internet Explorer. Blog is owned by Myyra Kemet Omeyy aka MIYA. :D
Selamat datang.